Tuesday 2 April 2013

PERISIAN APLIKASI

DEFINISI
 - Perisian aplikasi merupakan program yang direka untuk memudahkan membantu pengguna dalam melakukan tugas seharian seperti menaip, mengira atau membuat grafik.
- Perisian juga membolehkan pengguna membaca dan berinteraksi dengan teks, imej dan maklumat lain di laman web semasa melayari internet.
- Jenis perisian aplikasi ialah
         o  perisian pemprosesan perkataan
         o  perisian hamparan elektronik
         o  perisian persembahan 
         o  perisian grafik
         o  pelayan internet
         o  perisian pangkalan data
        
JENIS-JENIS DAN FUNGSI PERISIAN APLIKASI

Pemprosesan Perkataan (Word Processing)




- Perisian yang boleh melakukan tugas seperti sunting dokumen, cari dan ganti, cantum e-mel, kaki dan kepala dokumen, nota kaki, fungsi matematik, penjana indeks, penjana kandungan dan import/eksport dokumen.
- Kegunaan dalam bidang perniagaan seperti menyediakan maklumat dalam bentuk dokumen seperti memo, laporan, surat menyurat, minit mesyuarat dll yang perlu ditaip.
- Kegunaan awam seperti menaip tugasan, surat, jurnal dll.
- Kelebihan perisian:
         o  mencipta dokumen dan menyunting semula
         o  mencetak teks bersama grafik seperti surat, notis, kertas kerja dll.
         o  menyimpan memo atau dokumen yang telah ditaip ke dalam cakera
         o  mencipta di lain masa, mengubahnya, mencetak semula dll dengannya.
- Contoh: Microsoft Word, Lotus AMI Pro, Star Office Writer, Corel WordPerfect dan TexMaker


Hamparan Elektronik (Spreadsheet)



- Perisian ini membolehkan pengiraan dilakukan dengan pantas dan tepat kerana ia berkeupayaan melakukan pengiraan secara automatik pada lajur dan baris apabila nombor-nombor ditukar.
- Kegunaan dalam bidang perniagaan seperti boleh melakukan pengiraan automatik, boleh menganalisa dan merancang perniagaan serta berupaya menterjemah data ke dalam bentuk grafik/data.
- Kegunaan awam seperti dapat menyimpan data belanjawan persendirian yang melibatkan pengiraan yang kompleks dan dapat menghasilkan output samada dalam bentuk elektronik ataupun bentuk cetakan.
- Kelebihan perisian:
         o  mencipta, menyimpan, memadam atau mengedit rekod
         o  menyusun dan menyisih rekod
         o  membuat pengiraan matematik, statistik, kewangan dan kejuruteraan berdasarkan formula.
         o  memaparkan maklumat dalam bentuk jadual dan carta
- Contoh: Microsoft Excel, Lotus 123 dan FoxPro


Perisian Persembahan (Presentation)



- Perisian ini membantu pembina membuat persembahan dengan mengabungkan unsur animasi, audio, video dan grafik bertujuan untuk menarik perhatian pengguna dan menjadikan persembahan tidak membosankan.
- Kegunaan dalam bidang perniagaan seperti digunakan untuk mempersembahkan/membentang data dan idea kepada pelanggan atau orang awam. Elemen persembahan mungkin terdiri datipada teks, jadual, lukisan klip, gambar atau grafik niaga.
- Kelebihan perisian:
         o  menarik minat penonton/pengguna
         o  memberi motivasi kepada penonton/pengguna
         o  mudah difahami oleh penonton/pengguna
- Contoh: Microsoft PowerPoint, Harvard Graphic dan Lotus Freelance.

Penyunting Grafik


Photoshop ialah produk perisian penyunting imej yang boleh digunakan untuk memperelok foto dan lukisan dengan menambah dan mengurus warna pada imej grafik. Photoshop didatangkan dengan pelbagai fungsi bagi memudahkan pengguna untuk memilih, melukis, dan menyunting imej. Antara peralatan yang disediakan di dalam photoshop ialah seperti multiple undo, pengurusan warna dan pengurusan layer.
Kemudahan Photoshop
Toolbox
Toolbox disediakan bagi membolehkan anda memilih pelbagai fungsi seperti alat pemadam, alat pengabur, alat penajam, alat penerang, alat penyala, membuat pilihan warna, membuat mask, menulis, membentuk, dan mewarna. Kemudahan-kemudahan ini digabungkan dengan Brushes iaitu alat untuk memberus dan Palettes iaitu alat untuk mengesan dan mengubah sesuatu imej secara digital.

Rajah 1: Alat Toolbox
Palettes
Tiga jenis palettes yang biasa digunakan iaitu:
Layers
Kemudahan Layers telah menjadikan Photoshop sebagai sebuah perisian yang berkuasa berbanding perisian-perisian penyunting imej yang lain. Bayangkan layers sebagai kepingan-kepingan garam asid yang bertindih satu sama lain. Jika tidak terdapat apa-apa imej pada layer atas, anda boleh menyelak layer di bawahnya. Di bahagian bawah sekali adalah lapisan bagi latar belakang imej atau background. Background adalah lapisan yang dilindungi dimana filter dan effects tidak boleh digunakan pada lapisan ini.

Rajah 2: Layers
History
History ialah papan yang mengandungi 20 perubahan terakhir yang berlaku pada imej anda. Ini membolehkan anda bekerja pada imej-imej yang asli tanpa perlu membuka fail yang baru, hanya klik pada history. Jika anda telah melakukan kesilapan semasa proses menyunting, anda boleh memilih imej asli iaitu imej asal tanpa perlu risau jika anda kehilangan punca semasa proses suntingan dilakukan.

Rajah 3: History
Kegunaan Photoshop
Terlalu banyak kegunaan adobe photoshop untuk ditunjukkan di sini. Secara umumnya anda boleh melakukan apa saja ke atas imej anda menggunakan Photoshop seperti membersihkan kotoran pada foto lama, memotong (crop) bahagian-bahagian tertentu, mengecilkan saiz gambar, menghasilkan efek tertentu dan pelbagai kegunaan lain.
Saya lebih gemar untuk menunjukkan beberapa hasil penggunaan perisian Photoshop yang telah ditunjukkan oleh beberapa pengguna dari forum putera.com.
Foto lama diperbaharui

Menambah rambut

Membotakkan kepala

Dan banyak lagi kegunaan untuk disenaraikan di sini.
Kelebihan Photoshop
Kelebihan Adobe Photoshop terletak pada filter dimana anda boleh menggunakan filter yang sedia ada untuk menghasilkan efek-efek tertentu pada imej dan gambar. Anda boleh memasang filter plug-in yang dibangunkan oleh pembangun perisian lain. Sebaik sahaja dipasang, filter baru akan dipaparkan di bahagian menu Filter bersama-sama dengan filter sedia ada. Jika anda berminat untuk menghasilkan modul plug-in sendiri, anda boleh lakukannya dengan menghubungi Adobe Systems Developer Support.
Selain filter, kemudahan layer disediakan untuk melakukan banyak tugas seperti membentuk, menyembunyi, mempamer, menyalin dan membuang layer.


Pelayar Internet (Browser)



- Pelayar web adalah aplikasi untuk melayari internet. Ia menterjemahkan bahasa-bahasa pengaturcaraan web kepada antaramuka grafik yang dapat difahami pelayar internet.

- Kelebihan perisian:
         o  menyimpan alamat (URL) sesuatu web kegemaran atau yang sering dilawati
         o  mencetak maklumat yang menarik dalam laman web
         o  menjejak sejarah laman web yang pernah dilawati sebelum ini
         o  memindah turun fail-fail seperti format fail pdf, mp3, doc dll
         o  membuat naik fail-fail tertentu ke komputer pelayan
- Contoh: Internet Explorer, Mozilla Firefox, Google Chrome, Safari dan Opera.

Saturday 30 March 2013

Perkongsian Ilmu & Pengetahuan ICT Semasa

Terima kasih kepada pemilik blog kerana berkongsi ilmu yang sangat bermanfaat kepada guru dan pelajar ICT.

Wednesday 27 March 2013


http://cikgumasita.blogspot.com/
Laman blog ICT yang berinformasi. Terima kasih kepada Cikgu Masita yang sudi berkongsi maklumat.