Saturday, 8 December 2012

Contoh Teks

 Di bawah ini terdapat beberapa contoh teks.
Teks atas beg


Teks atas kad matrik



Teks atas baju

Teks atas kain rentang

Apakah Teks?

  • Teks merupakan huruf-huruf tersusun bagi membentuk satu makna yang boleh difahami atau membawa pengertian tertentu. 
  • Walaupun terdapat pelbagai elemen media yang bersifat lebih menarik dan dinamik, teks masih lagi diperlukan  sebagai salah satu elemen utama dalam proses penyampaian maklumat.
  • Dalam satu sistem multimedia interaktif, teks turut memainkan peranan yang penting dalam menyalurkan sesuatu informasi kepada pengguna.
  • Ianya amat penting sekiranya penerangan yang jelas dan menyeluruh perlu diberikan kepada pengguna dan penggunaan elemen-elemen atau media lain mungkin gagal menyampaikan makna seperti mana yang dikehendaki.

Kategori Teks - SAN SERIF

Perkataan sans bermakna “tanpa” (without) dalam bahasa Perancis, maka fon sans serif bermakna fon yang tidak mempunyai serif atau tanpa serif.
Contoh San Serif – Arial, Helvitica, dan Optima

Kategori Teks - SERIF

  • Serif merujuk kepada garisan atau lengkungan yang terdapat pada penghujung sesuatu aksara.

  • Contoh Serif –
    • Times New Roman, New Century, SchoolBook, dan Palatino